Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image
SELAMAT DATANG >::Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.Sebarang Komen amat kami alu-alukan::. > ::Semoga anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami::-> ::Perkidmatan : Isnin Hingga Ahad Kecuali Rabu::Makluman : Blog ini dalam penambahbaikan,segala pengisian & maklumat dalam blog ini akan kami tambah dari masa ke semasa::.

Jenis- jenis Bekam & Manfaatnya

  • Sabtu, 26 Mei 2012
  • Ibnu Muhammad
  • Label: ,

  • Ada Empat Jenis Bekam


    i. Bekam Basah / Berkam Darah (Damawiyah),






    Cara ini adalah yang dilakukan Rasulullah saw. maka disebut sunnah Nabi saw. Cara ini permukaan kulit dicup kosong terlebih dahulu selama 10 minit Baru cup dilepas, lalu kulit ditusuk dengan jarum atau pisau bedah, caranya dengan menyayat titik tertentu dalam tubuh sepanjang 0,5 cm dengan kedalaman 0,4 mm. Sayatan tidak boleh lebih dari 0,4 mm, jika lebih dari itu yang keluar bukan darah kotor tetapi darah segar. Sebab sayatan mengenai pembuluh darah arteri, jadi bedah minor ini dengan sangat hati. Jika denganjarum tempat yang dicop tadi ditusuk dengan jarum secukupnya dan dicup kembali untuk mengeluarkan darah yang kotor dari badan, jika perlu penyedutan darah kotor ini hingga maksimal sampai tiga kali.





    a) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
    b) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
    c) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
    d) Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.
    e) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
    f) Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.
    g) Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.
    h) Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.
    i) Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.
    j) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
    k) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.


    ii. Bekam Kering / Bekam Angin (Jaffah),






    Iaitu bekam angin. Bekam kering ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw. oleh karena itu cara ini bukan sunnah Nabi saw, tetapi jenis ini adalah pengembangan semasa, berdasarkan ijtihad para muhtajim. Adapun cara bekam kering adalah organ yang dituju dilumasi minyak Zaitun / But-But, langsung dikop 10 menit dimana kopnya dipasangkan magnetnya. Hal ini dilakukan 2 hingga 3 kali. Bekam kering inijuga bermanfaat yaitu membuang angin dan meredakan sakit secara emergensi tanpa melukai kulit, untuk itu diperlukan minyak Zaitun / But-But untuk melicinkan cup gelas agar kulit tidak sakit, disamping juga untuk menyembuhkan luka dari pori-pori kulit yang terbuka.


    a) Meringankan rasa sakit dan mengurangi pengumpulan darah beku.
    b) Bermanfaat untuk penyakit paru-paru yang kronik.
    c) Mengubati nephritis.
    d) Mengatasi radang selaput jantung,radang urat saraf pada bahagian punggung bawah dan radang pada bahagian celah-celang tulang dada.
    e) Untuk menahan derasnya darah haid dan hidung berdarah.
    f) Bekam angin juga berfungsi seperti pemindahan darah dari pembuluh darah pesakit dan menyuntikkan nya ke otot paha, khususnya bagi anak-anak atau siapa saja yang urat nadi mereka susah ditemui disebabkan terlalu tua.


    iii. Bekam Luncur / Gelunsur






    Faedahnya ialah ia boleh membuang angin pada tubuh, melegakan sengal-sengal otot dan melancarkan peredaran darah. Kaedahnya ialah badan akan diurut dengan minyak but-but/zaitun/habatussauda secukupnya sebagai pelincir, kemudian dikop pada permukaan kulit dengan 3 kali pengepaman. Tanpa melepaskan injap angin, luncurkan atau gerakkan kop keseluruh bahagian belakang perlahan-lahan sekitar 2-3 minit sehingga kulit kelihatan kemerah-merahan. Kemudian lepaskan injap angin pada kop dan urut dengan minyak but-but/zaitun/habatussauda .


    iv. Bekam Tarik






    Ia bertujuan untuk menghilangkan rasa kepedihan atau kepenatan pada bahagian dahi, kening dan bahagian - bahagian yang terasa kebas dan ngilu. Kaedahnya, kop @ mangkuk bekam di pam pada tempat yang terasa pedih, kemudian, dipam 3-5 kali pengepaman dan mangkuk bekam ditarik berulang-ulang kali sehingga kulit menjadi kemerahan.




    Sumber : 
    http://hpa4online.com/?p=725 
    - Buku Kemujaraban Bekam
    http://radzihpa.blogspot.com/p/al-hijamah-berbekam.html

    0 ulasan:

    Catat Ulasan